Friday, February 4, 2011

Mengaji Quran

معهد تحفيظ مسجد لاما لمبور کانن


السلام عليکم ورحمة الله

Selamat datang saudara saudari ke Laman Web ini. Ini adalah Maahad Tahfiz Masjid Lama Lambor Kanan. Saudara saudari lihat sendiri kedaifan yang ada dan berilah bantuan dengan tangan kanan dan tidak diketahui oleh tangan kiri.

Masjid lama Lambor Kanan dibina di atas wakaf orang-orang tua terdahulu. Akan tetapi ianya sudah lama tidak beroperasi semenjak Masjid baru dibina sekitar tahun 1980-an. Maahad Tahfiz ini bermula operasi pada tahun 1998, bilangan pelajarnya seramai 15 orang.

Bilangan pelajar pada tahun 2008 ini ialah seramai 80 orang, tenaga pengajar 2 orang, khidmat memasak seorang dan pembantu am seorang.

Usaha ini perlu diteruskan di atas kesedaran bahawa fungsi masjid harus diteruskan supaya khairat untuk mereka yang kembali ke rahmatullah berpanjangan.

PENGENALAN

Penubuhan Maahad ini untuk menyampaikan / mengajar ilmu al quran kepada penuntutnya supaya ilmu al quran ini sentiasa dikembangkan dan diamalkan.

Hampir 11 tahun Maahad ini ditubuhkan dan bilangan pelajar yang kian bertambah pengurusan Maahad ini sentiasa berusaha bagi menaik nilai tambah didalam pelbagai aspek:-
· kawasan persekitaran Maahad
· Tempat belajar pelajar
· Ruang makan
· Tempat tinggal
· Makanan pelajar
· Kenderaan


Asrama PelajarDalam Asrama



Kantin
Bentuk Kelas Pengajian Tahfiz



Disamping aspek diatas pihak pengurusan Maahad sentiasa mencari pelbagai sumber kewangan bagi memantapkan lagi kualiti semua aspek di Maahad ini. Di masa kini sumber kewangan Maahad ialah dari yuran dan sumbangan derma orang ramai.
Pihak pengurusan Maahad berusaha untuk mencari punca kewangan yang selesa daripada projek pertanian , ternakan dan usahatani supaya operasi Maahad ini berjalan lancar , insyallah.

Infaq Fi Sabilillah.
(BANK ISLAM) 08086020107395

Kelas Pengajian Kitab Kuning
di Masjid dan Surau



hubungi 019-5416524 (Ustaz Zulfikri).

Untuk Perak sahaja.